Friday, January 21, 2011

Buah Kundang

Makan sikit..
Masam! Masam! Masam!

Makan sikit lagi..
Masam! Masam! Masam!

Tak sampai separuh aku makan aku dah surrender! tak tahan ouh!

Pernah makan tak buah nie? Aku xtaw lah aku makan buah ke makan cuka..ehehe.


Tapi bila fikir2 balik, saper yang buat buah ni masam? Yang aku ni plak kenapa nak mengeluh2 sebab masam. Kadang-kadang aku terlupa semua benda hidup/mati ni Allah swt yang cipta. Saper aku nak perlekeh ciptaan Dia?

Aku pernah baca 1 kisah pasal buah tembikai..mesti korang pon penah baca kan..citernya macam nie..

Suatu hari, Syaqiq al-Balkhi, seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira. Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah, isinya tidak elok. Kerana itu marah-marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya.

“Kepada siapa engkau tujukan marah kamu itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?” tanya Syaqiq kepada isterinya.

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi; “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga. Nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu!! Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuannya.”



Yang ni versi comic..



Source : kisah tembikai
Images : islamic comic

Maka, renung-renungkan lah..=)

1 comment:

noa said...

tah ar

rase cm tak penah makan kot buah ni