Tuesday, May 29, 2012

Jangan bangga...


1. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita ialah TANAH LIAT

2. Jangan bangga dengan rumah bagus dan besar kerana rumah terakhir kita ialah KUBUR

3. Jangan bangga dengan baju bagus kerana baju terakhir kita ialah KAIN KAFAN

4. Jangan bangga dengan kereta&motor besar, kerana kenderaan kita yg terakhir ialah KERANDA

Monday, May 28, 2012

Sekadar Renungan

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
masih mencari walau ada segalanya,
apa yang tiada dalam syurga?
namun Adam tetap rindukan Hawa..

dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
didiklah mereka dengan panduan dariNya
jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
kenalkan mereka kepada Allah zat yg kekal
di situlah punca kekuatan dunia

akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman
perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
ia bukan diskriminasi Allah
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

wanita yg lupa hakikat kejadiannya
pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
tanpa iman, ilmu dan akhlak
mereka tidak akan lurus
bahkan akan semakin membengkok
itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya
suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb

bila wanita derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara
lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata-mata
tapi binalah kepimpinan
pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadanya
jinakkan diri kpd Allah
nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu

janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-zahra'
seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah
wallahua'lam..

p/s: xtaw nk credit kt sape sbb jumpa ayat ni kt buku mne ntah..tenkiu..eheheh..=)