Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..hehe..hari ni nak share resepi roti jala yang selalu orang tempah dari aku..haa..kemain kau tajuk resepi macam karangan..haha..tapi betul memang lembut sampai malam dan paling penting tak basiii..
tadaaa...belanja gambar dulu..mana tau lepas tengok gambar berkenan nak buat..
Resepi Roti Jala (xtau nak kredit kat saper sbb tak ingat ambil dari mana..minta halal yer)
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air (aku guna air tapis coway)
2 1/2 sb minyak masak
1 biji telur
1 s/t garam
pewarna (optional..aku pakai serbuk kunyit jer)
Bahan2 kat atas tu blend jer semua kemudian tapis..dan masukkan dalam acuan roti jala..aku guna botol yang berlubang 2 atau tiga..beli kat kedai Mr.DIY..
Cara2:
Mula2 sekali macam biasa panaskan kuali..pastikan kuali itu non-stick atau bahasa melayunya tidak melekat..hehe..utk tebar roti jala yg pertama tu sapu sedikit minyak di kuali..yg seterusnya xpayah letak dah..ok..paham ke setakat ni? now tebar lah roti ikut kretiviti sendiri..aku suka cara ni..nampak kemas..
ok..bila dah siap tebar..tunggu dalam 10-20saat camtu..atau cuba kalih roti..kalau roti dah boleh kalih..angkat dan pindahkan ke dalam pinggan..pastikan jangan terlalu garing nanti nak lipat dia jadi patah2..**aku suka roti bahagian garing belah atas..dan yang licin belah bawah**..
ok..now lipat lah ikut suka hati..aku suka lipat camni..
bila dah siap lipat susun lah cantik2 dalam bekas..camni haa..hehe..
selamat mencuba!!
Tuesday, November 15, 2016
Thursday, October 27, 2016
hye! i'am back!
Ya Allah..lamanya tak jenguk blogg..tiga tahun ok..TIGA TAHUN..huhu..so, email lupa..password lupa..haisshh!!
dekat 2 jam oii nak cari balik email n paswod utk blog ni..sbb emel yg slalu guna utk blog lupaaa!! password lagi lah lupaaaa!! naseb baik tererr..haha..akhirnya boleh log in..
tapi..
tapi..
password utk blog pulakk lupaaa!! ni tak berani nak sign out blog takut lupa password nak log in balik..padahal td dah boleh log in maknanya dah jumpa password..tak tau lah kenapa boleh nyanyuk teruk sampai macam ni..tula tadi tak tulis siap2 password..hmmmmm..
dekat 2 jam oii nak cari balik email n paswod utk blog ni..sbb emel yg slalu guna utk blog lupaaa!! password lagi lah lupaaaa!! naseb baik tererr..haha..akhirnya boleh log in..
tapi..
tapi..
password utk blog pulakk lupaaa!! ni tak berani nak sign out blog takut lupa password nak log in balik..padahal td dah boleh log in maknanya dah jumpa password..tak tau lah kenapa boleh nyanyuk teruk sampai macam ni..tula tadi tak tulis siap2 password..hmmmmm..
Tuesday, January 22, 2013
Kisah Pokok Epal
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…
Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.
Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.
” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.
“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”
Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”
Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.
Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
Renungkan bersama kisah ini dan sama2lah kita mengambil iktibar untuk lebih menghargai dan menyayangi kedua ibubapa kita...
source: http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=11086
Friday, August 3, 2012
Kanak-Kanak Berdoa
aku: zara, tgok tu ade syaitan...haaa, kalau org x smayang, x puasa..syaitan suka...
zara: (sambil nyorok blakang aku) xnak!!! xnak!! esok kakak puasa, kakak smayang..
aku: gelak guling2...
maka esoknyeeee....
p/s: 2 hari jerrr insaff..pastu xde dahhh..huhuhuh...
Sunday, July 29, 2012
Alhamdulillah
hari ni adelah hari jadi aku yg ke 25...alhamdulillah masih di beri kesempatan oleh Allah swt untuk brnafas dan mmperbaiki kelemahan diri...xde nak celebrate ape2 sbb bln puasa..kalo x puasa pun x sambut gk..ehehe..sekadar buka puasa dgn pizza domino shj..alhamdulillah..
Subscribe to:
Posts (Atom)










